
Sekolah Kebangsaan Bayan Baru mula beroperasi pada 16 Julai 1994. Sekolah ini mendapat nama sempena dengan nama sebuah tempat di daerah barat Pulau Pinang iaitu Bayan Baru. Tapak asas ialah tanah yang dipenuhi dengan semak samun. Guru besar SKBB yang pertama juga ialah Encik Baharul Azhar Bin Omar. Pada mulanya seramai 15 orang guru telah ditempatkan di sekolah ini. Sekolah ini telah berjaya mendidik seramai lebih kurang 350 orang murid yang tinggal berhampiran sekolah ini.
Identiti sekolah ini dapat dilihat melalui lencana, bendera dan lagu sekolah dengan motonya iaitu ‘Berilmu Berwawasan’. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan prasarana seperti makmal komputer, bilik bimbingan dan kanseling, bilik kemahiran hidup, bilik SAL (Self Access Learning), perpustakaan, padang, bilik guru, bilik tayangan, bilik mesyuarat, kantin, stor pendidikan jasmani, kelas pemulihan, kelas pendidikan khas (kelas Mawar) dan prasekolah (kelas Ixora dan Orkid).
Sejajar dengan perkembangan dan kemajuan kawasan sekitar sekolah, jumlah guru dan murid telah bertambah dari tahun ke tahun. Data terbaru (2016) menunjukkan terdapat seramai 83 orang guru dan 830 orang murid yang ditadbir oleh En Azhar bin Mardzuki selaku Guru Besar.
SKBB juga merupakan sekolah yang telah dipilih sebagai sekolah ‘showcase’ bagi daerah Barat Daya kerana kecemerlangan dari aspek pengurusan perpustakaan dan kelas pendidikan khas. Pelbagai program telah dijalankan dalam proses untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah antaranya program DEAR, ADD, GALUS, LINUS dan sebagainya. Diharapkan dengan pendekatan yang dilaksanakan, SKBB akan terus menuju kegemilangan sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum mahu pun pembangunan sahsiah murid-muridnya.
Seramai 6 orang Guru Besar yang telah berkhidmat di sekolah ini iaitu seperti berikut :
En. Baharul Azhar Bin Omar
En. Hussain Bin Salleh
Tn. Haji Osman @ Othman Bin Hussain
Pn. Nasriah Bt. Othman
Pn. Asiah Bt. Othman
Pn. Suarni Bt. Ishak
Pn. Che Maheran bt Maina
Pn. Hjh.Che Salmah bt Ahmad
En. Azhar bin Mardzuki