
Sekolah Kebangsaan Bayan Baru ingin menjadi sekolah yang cemerlang dari segi akademik, kokurikulum, pembentukkan sahsiah terbilang dan seterusnya ingin mencapai aspirasi visi dan misi demi masa depan pelajar. Selamat maju jaya SKBB.
- Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti
- Untuk membangunkan potensi individu
- Bagi memenuhi aspirasi negara
‘ PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA ‘
‘ BERILMU BERWAWASAN ’
- Pelaksanaan budaya pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan dalam kalangan guru dan murid
- Penggunaan pelbagai sumber untuk pembelajaran dan pengajaran secara optimum dan termasuk penggunaan ICT
- Melaksanakan program KSSR/PBS yang lebih berkesan
- Melahirkan murid yang berilmu, berketrampilan, berhemah tinggi dan berbudi
- Mengetengahkan bakat dan kebolehan murid dalam pelbagai kegiatan kokurikulum dan kepimpinan ke arah pembentukan sekolah berwatak
- Mengukuhkan hubungan dan semangat integrasi di kalangan murid dan komuniti berbilang kaum
- Mewujudkan iklim persekolahan dan persekitaran yang kondusif, ceria, selesa dan selamat
- Semua murid menguasai kemahiran asas 3m serta kemahiran-kemahiran asas setiap mata pelajaran di akhir persekolahan tahun 6.
- Pencapaian UPSR yang cemerlang dengan penambahan bilangan 5A bagi tahun semasa.
- Mendidik murid menjadi insan yang seimbang dan harmonis, bersifat patriotik serta menghayati semua nilai murni di akhir tahun 6.
- Pencapaian yang cemerlang(samada johan, naib johan atau tempat ke-3) dalam pelbagai kegiatan kokurikulum dan koakademik di peringkat zon, daerah, negeri atau kebangsaan.
- Pengurusan kewangan sekolah yang berkesan melalui konsep ‘perbelanjaan yang minimum dengan pulangan yang maksimum’ serta tanpa audit berteguran pada setiap tahun.
- Mengurangkan kes salah laku disiplin dan ponteng sekolah sehingga kurang daripada 5.00% mulai 2016.
- Memupuk dan mengekalkan perpaduan serta keharmonian hubungan dalam kalangan murid berbilang kaum, agama dan budaya.
- Murid berjaya menguasai 4m-membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Berilmu berwawasan
Jadikan pegangan
Menuju masa depan
Arah kecemerlangan
Sekolahku tercinta
Engkaulah pelita
Pedoman tiap masa
Lahir kau insan mulia
Tuhanku lindungilah
Padamuku berserah
Insan murni penuh erti
Itulah idaman kami
Sentiasa di hadapan
Meningkat pencapaian
Ilmu menjadi bekalan
Budi menjadi amalan