Pentadbiran

Fokus bidang pentadbiran ialah usaha untuk membina budaya kerja yang cemerlang seluruh warga sekolah. Budaya kerja cemerlang diukur melalui norma sekolah iaitu cara, amalan, pendekatan, tingkah laku, tindakan dan pertuturan warga sekolah yang dapat dilihat dan dinilai secara zahiriah. Disamping itu, budaya kerja dipandu oleh sistem dan prosedur kerja sekolah. SKT bidang pentadbiran adalah seperti berikut :-

 

  • Meningkatkan pengurusan kakitangan dan sumber tenaga supaya dapat memberikan perkhidmatan cemerlang melalui team work.
  • Menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang kondusif.
  • Meningkatkan lagi aspek keceriaan fizikal sekolah terutama bilik-bilik senang.
  • Meningkatkan pengurusan stok dan tagging pada tahap cemerlang.
  • Mengurus Kewangan Sekolah pada tahap cemerlang.
  • Melestarikan sistem pendokumentasian dan pemfailan.
  • Meningkatkan ilmu pengetahuan staf.
  • Efisyen dalam memberi maklum balas kepada pihak atasan dan pelanggan.
  • Memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.