Kokurikulum

Watak sekolah yang cuba ditonjolkan ialah melalui kecemerlangan kokurikulum. Penglibatan murid dalam pertandingan sukan dan permainan, kelab dan persatuan, serta unit-unit beruniform di peringkat zon, negeri dan kebangsaan akan dipertingkatkan mencecah 30%. SKT Kokurikulum 2016 adalah seperti berikut :-

 

  • Lebih 30% murid menyertai aktiviti atau pertandingan dari peringkat Zon hingga peringkat Kebangsaan.
  • Aktiviti Kokurikulum dapat dilaksanakan dengan penglibatan murid terbabit melebihi 80%.
  • 90% perancangan kokurikulum dapat dilaksanakan dengan penglibatan murid terbabit melebihi 80%.
  • Aktiviti dijalankan mengikut jadual kokurikulum akademik, sukan dan permainan, dan unit beruniform.
  • Mempertahan dan meningkatkan pencapaian dalam kokurikulum akademik, sukan dan permainan dan unit beruniform.
  • Memenangi peringkat Zon, Negeri dan Kebangsaan bagi bidang sukan, permainan dan kokurikulum akademik.
  • Meningkatkan kemahiran murid dengan menggunakan tenaga profesional.
  • Efisyen dalam pengurusan kokurikulum termasuk hal ehwal guru yang terlibat dengan aktiviti luar.