Kata Alu-Aluan Guru Perpustakaan & Media

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat, taufik dan hidayah-NYA, saya berpeluang merakamkan sepatah dua kata dalam Profil Pusat Sumber Sekolah kali ini.

Pada   kesempatan   ini,   saya  ingin merakamkan     sekalung    penghargaan kepada pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan  Bayan Baru, khususnya Guru Besar, Encik Azhar bin Mardzuki dan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Norizan binti Mohd Zain kerana telah memberi sokongan, tunjuk ajar dan bimbingan dalam  usaha menyempurnakan profil ini.

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah kerana telah  berusaha, mencetus dan menyumbangkan idea untuk sama-sama menyiapkan profil ini.

Pusat Sumber Sekolah amatlah berperanan khususnya dalam menghadapi cabaran pendidikan era globalisasi kerana para guru dan pelajar memerlukan anjakan paradigma serta perkembangan minda ke arah merealisasikan wawasan negara.

Justeru, saya dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bayan Baru khususnya akan terus sedaya upaya kami cuba merpertingkat penggunaan Pusat Sumber Sekolah dengan berperanan dalam menambah input penggunaan dan penghasilan bahan sokongan yang boleh diguna pakai oleh kumpulan sasaran tanpa halangan, cepat dan berkesan menggunakan pelbagai media dan sumber sedia ada.

Akhir kata, harapan saya agar Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bayan Baru akan terus mengorak langkah dalam memperbaiki dan meningkatkan taraf   pembelajaran dan pengajaran secara kolektif dan berterusan.

Sekian, wassalam.