Kata Alu-Aluan Guru Besar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat, taufik dan hidayah-NYA, saya berpeluang merakamkan sepatah dua kata dalam Profil Pusat Sumber Sekolah kali ini. Ucapan terima kasih dan tahniah daripada saya khususnya   kepada  Jawatankuasa  Kerja  Pusat Sumber Sekolah kerana berjaya menghasilkan profil ini

Pusat Sumber Sekolah merupakan Nadi Penggerak bagi semua aktiviti sekolah. Pusat Sumber Sekolah berperanan membantu meningkatkan pencapaian dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Justeru, para guru khususnya perlulah mempunyai ilmu yang tinggi dan relevan, mempunyai penampilan diri yang positif, ketinggian budi pekerti, keyakinan diri yang tinggi, berketerampilan, berfikiran terbuka, ikhlas, amanah, mengamalkan sikap dan budaya kerja yang positif serta mempunyai daya fikiran yang kreatif, kritis dan berinovatif. Untuk itu, Pusat Sumber Sekolah adalah Nadi Penggeraknya.

Hal ini kerana Pusat Sumber Sekolah merupakan punca segala aktiviti pengkaedahan, pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dalam membantu para guru mendidik dan membimbing para pelajar agar mereka dapat bersaing dalam era globalisasi.

Akhir kata , saya mengharapkan agar Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bayan Baru khususnya akan terus mencapai kecemerlangan dalam mewujudkan warga Sekolah Kebangsaan Bayan Baru yang berbudaya membaca, berbudaya ilmu dan berpendidikan sepanjang hayat.

Sekian, wassalam.