HEM

Bidang HEM memberi fokus khas terhadap kemenjadian murid. Banyak aspek perisian kurikulum dan penekanan kurikulum dalam HSP memerlukan program sokongan luar bilik darjah lebih-lebih lagi Hidden Curriculum. Untuk meningkatkan mutu kemenjadian, SKT bidang HEM digalurkan seperti berikut :

 

  • Bilangan murid yang diberi jawatan mencecah 30%.
  • Meningkatkan disiplin murid melalui pemantapan pelaksanaan program HEM terutama SISTEM PEMBERIAN TOKEN.
  • Membudayakan amalan BERBARIS dan BERJALAN bagi mencapai kemalangan sifar dan amalan hormat-menghormati budaya memberi salam kepada guru dan rakan sebaya.
  • Tiada kesan tapak kaki pada dinding atau tembok sekolah.
  • Sekolah sentiasa bersih dan ceria.Tandas bersih dan cantik.
  • Memantapkan pelaksaan Sistem Sekolah Sihat dan Sistem Sekolah Selamat.
  • Meningkatkan pengurusan bidang HEM supaya dapat menyokong pembinaan sahsiah terpuji di kalangan murid.

 

FOKUS DAN SASARAN HEM

A. Disiplin

Rasional

Isu-isu utama dan masalah yang akan ditangani dan diberi penekanan adalah seperti berikut :-

  1. Memisahkan murid-murid yang suka berkumpul sesama kaum dan sengaja menimbulkan masalah disiplin.
  2. Memastikan kehadiran murid setiap bulan pada 90% ke atas.
  3. Berhutang dan membawa banyak wang ke sekolah (duit curi).
  4. Menghapuskan kesan tapak kasut pada dinding.
  5. Berbahasa kasar dan tingkah laku kasar yang akhirnya menyebabkan pergaduhan.
  6. Elakkan berada di sekolah pada waktu petang, bukan waktu kokurikulum dan bermain dengan orang luar.

 

B. Sistem Pemberian Token

Rasional

  • Murid rajin hadir ke sekolah,suka membantu,kerja sekolah kemas.
  • Murid yang memperolehi banyak token akan berasa dihargai dan diiktiraf oleh guru dan pihak sekolah.

 

C. Program Berbaris

Strategi

  • Guru kelas wajib berada di tempat perhimpunan sekurang-kurangnya satu minit sebelum perhimpunan bermula.
  • Guru perlu memberi maklum balas kepada murid tentang markah yang diberi dan membuat teguran kepada murid yang tidak berbaris dengan baik.
  • Guru kelas mencatat dan menghantar Buku Pemantauan Perbarisan bersama-sama Buku Pemantauan Kelas setiap hari.
  • HEM, Penyelia Petang, dan pentadbiran mengambil tindakan susulan dalam memastikan program berbaris berkesan.
  • Hadiah akan di beri kepada kelas yang terbaik sepanjang tahun.

 

D. Kebersihan Dan Keceriaan

Rasional

  • Murid tidak membuang sampah di merata tempat.
  • Tiada sampah di kawasan sekolah.
  • Semua kawasan landskap sekolah disenggara berterusan.
  • Amalan kitar semula diamalkan
  • Amalan hijau dihidupkan.